MisterTyre lancar program latihan sambil kerja untuk pelajar TOC

 
 Image from:  motorev.com.my

Image from: motorev.com.my

MisterTyre Malaysia Sdn Bhd telah menandatangani Perjanjian Kerjasama Internship dengan Kolej Automotif TOC untuk membangunkan Profesional Penjagaan Kereta Malaysia untuk Ekonomi Digital.

Program Internship atau Latihan sambil kerja ini akan menyediakan pelajar TOC dengan pengalaman praktikal dan pendedahan mengenai ekonomi digital untuk perkhidmatan automotif dan e-dagang.

MisterTyre merupakan aplikasi mudah alih yang pertama di dunia untuk menawarkan 28 jenama tayar global, khidmat penggiliran dan penjajaran roda hadapan, perkhidmatan menukar minyak enjin dan bateri melalui penghantaran mudah alih. Penjagaan profesional kereta MisterTyre yang terlatih juga melakukan pemeriksaan 12-perkara percuma untuk pelanggan untuk memastikan setiap aspek utama kereta mereka dipantau. Khidmat mereka disediakan setiap hari dari 8 pagi hingga 10 malam untuk disesuaikan dengan jadual sibuk pemilik kereta.

Penjimatan kos yang besar dalam ekonomi digital melalui rantaian bekalan "Langsung dari pengeluar" disampaikan kepada pengguna melalui Komitmen "Jamninan Harga Terbaik" MisterTyre .

TOC Automotive College merupakan perintis dalam pendidikan automotif profesional di Malaysia Malaysia. Ia telah dianugerahkan dengan pelbagai anugerah tempatan dan antarabangsa di Malaysia pendidikan dan industri kemahiran. 

Program Internship latihan sambil kerja ini membolehkan pelajar mempelajari kemahiran yang berharga dari juruteknik MisterTyre yang berkemahiran tinggi dalam konteks persekitaran e-dagang digital. Model perniagaan MisterTyre merupakan peralihan dari model "kedai" tradisional untuk perkhidmatan automotif.

Ia adalah aplikasi pertama di dunia untuk perkhidmatan selepas jualan automotif yang menawarkan tayar baharu, ppenggiliran dan penjajaran roda depan, minyak enjin dan bateri. Model perniagaan yag mengenepikan "orang tengah" dari rantaian bekalan itu membolehkan MisterTyre menawarkan tawaran yang luar biasa tanpa caj untuk perkhidmatan mudah alih sambil memberi kuasa kepada pengguna untuk membuat pilihan serta keputusan yang bermaklumat mengenai pembaikan semula automotif mereka.

Perjanjian Internship ditandatangani oleh Pengarah eksekutif & Pengasas MisterTyre En Dennis Melka dan  Ketua Pegawai Eksekutif TOC Automotive Kolej Pn Adelaine LK Foo. Perjanjian Perkongsian Internship ini ditandatangani pada 14 November 2017 di Kolej Automotif TOC yang berpusat di Petaling Jaya. Program latihan sambil kerja ini akan bermula pada Januari 2018 dan selepas itu pelatih cemerlang boleh ditawarkan penempatan sepenuh masa di MisterTyre.

Article sourcemotorev.com.my

 Image from:   motorev.com.my

Image from:  motorev.com.my