TOC & TOYO LUBRICATION METERAI PERJANJIAN

 
 Source:  MEKANIKA

Source: MEKANIKA

The Otomotif College (TOC), perintis dalam pendidikan automotif profesional di Malaysia semalam telah memeterai perjanjian tajaan dengan pengeluar gris dan pelincir, TOYO Lubrication (M) Sdn. Bhd. (TOYO Lubrication). 

 Source:  MEKANIKA

Source: MEKANIKA

Tajaan selama tiga tahun bernilai kira-kira RM500,000 itu akan membolehkan TOYO Lubrication memainkan peranan meningkatkan pengetahuan tentang minyak pelincir dalam kalangan jurulatih dan pelajar TOC. Ia dapat direalisasikan dengan cara berkongsi pengetahuan teknikal dan memberi input dalam sukatan pelajaran TOC.

Harus tahu juga bahawa TOYO Lubrication ialah pengeluar gris dan pelincir pertama di Malaysia yang diiktiraf oleh National Lubricating Grease Institute (NLGI) berpangkalan di Amerika Syarikat.

 Source:  MEKANIKA

Source: MEKANIKA

Di bawah terma memorandum persefahaman tersebut, TOYO Lubrication akan membekalkan segala produknya seperti minyak enjin, penyahgris, bahan penyejuk, gris, minyak gear, bendalir transmisi, brek dan stereng kuasa untuk digunakan di bengkel TOC.

Pasukan Sukan Bermotor TOC juga akan mendapat banyak manfaat daripada tajaan ini.  TOYO akan membekalkan minyak enjin dan minyak gear berprestasi tinggi, gris sambungan halaju malar dan roda penggalas prestasi tinggi, serta bendalir brek dan bahan penyejuk enjin kepada pasukan ini.  

 Source:  MEKANIKA

Source: MEKANIKA

Kereta pasukan TOC Proton Satria Neo R3 menggunakan minyak enjin TOYO Lubrication (minyak separuh sintetik Titanium 8000 15W-40), buat pertama kalinya pada tahun lepas dan berjaya mencapai keputusan terbaik.

Daripada gagal menamatkan cabaran dalam perlumbaan terdahulu, pasukan TOC mendapat tempat ketujuh daripada 28 pasukan yang menyertai Sepang 1000KM (S1K) Endurance Race pada 2013.  Pasukan Sukan Motor TOC juga menduduki tempat ketujuh daripada 22 pasukan yang bersaing dalam Malaysian Super Series Round 1 di Sepang baru-baru ini.

 Source:  MEKANIKA

Source: MEKANIKA

TOYO Lubrication juga akan menaja peralatan baharu untuk bengkel latihan TOC seperti simulator enjin lutsinar, penguji bahan pendingin dan bendalir brek. Selain peralatan ruang pelincir seperti mesin pancuran minyak enjin, pengumpul minyak dan ruang basuhan.

Ketua Pegawai Eksekutif TOC, Adelaine Foo memberitahu pihaknya sentiasa mencari rakan kerjasama demi melahirkan profesional automotif generasi baru yang serba boleh dan sedia untuk menceburi dunia kerjaya.

 Source:  MEKANIKA

Source: MEKANIKA

“Kami teruja untuk mengalu-alukan TOYO Lubrication sebagai rakan kongsi kami.  Sebagai dua jenama tempatan yang berjaya menempa nama walaupun terpaksa berdepan dan pelbagai cabaran, kami berkongsi wawasan dan nilai-nilai yang sama, khususnya komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap kualiti,” kata Adelaine.

Pengarah Pembangunan Perniagaan TOYO Lubrication, Albrert Chin berkata bahawa syarikatnya telah mengeluarkan gris dan pelincir secara kontrak untuk jenama terkenal antarabangsa sejak tahun 1997.

 Source:  MEKANIKA

Source: MEKANIKA

“Masih wujud banyak salah faham mengenai minyak pelincir. Ramai pengguna dan  mekanik tidak tahu cara untuk memilih pelincir yang betul untuk kereta mereka. Kami harap dapat berkongsi kepakaran teknikal yang telah dikumpul selama ini kepada jurulatih dan pelajar TOC,” kata Albrert.

Maklumat lanjut mengenai TOC, sila layari laman web: www.toc.edu.my.  

Article source: MEKANIKA