HARI TERBUKA TOC

 
 Image from:  Mekanika

Image from: Mekanika

The Otomotif College (TOC) yang merupakan antara kolej automotif terbaik di Malaysia telah mengadakan Hari Terbuka di kampusnya di Petaling Jaya semalam (Sabtu, 14 Disember 2013), bermula dari pukul 10 pagi hingga 4 petang. 

 Image from:  Mekanika

Image from: Mekanika

Acara itu bertujuan memberi peluang kepada pelajar sekolah menengah serta ibu bapa mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kerjaya dalam bidang automotif.

Ketua Pegawai Operasi TOC, Thin Lee Chean memberitahu, pihaknya memiliki rekod cemerlang dalam menghasilkan tenaga kerja profesional untuk industri automotif sejak tahun 2004 lagi. TOC juga amat berjaya dalam membantu para graduan mendapat pekerjaan yang baik dalam pelbagai syarikat automotif.

 Image from:  Mekanika

Image from: Mekanika

“Kami ingin menyeru kepada mereka yang mempunyai minat mendalam terhadap kereta supaya datang ke Hari Terbuka TOC. Industri automotif yang kian pesat berkembang menawarkan peluang kerjaya yang cerah.

“Di TOC, kami menawarkan pelbagai kursus diploma yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Ini menjadikan para graduan kami antara yang paling mendapat perhatian di pasaran,” katanya.

Para pengunjung yang mengunjungi Hari Terbuka TOC berpeluang melihat kelengkapan kolej yang canggih. Ini termasuklah bengkel latihan yang dilengkapi pelbagai peralatan moden, mesin diagnostik terbaharu dan koleksi kereta untuk melatih pelajar.

Bagaimanapun, tumpuan pada hari Terbuka TOC pastinya kereta lumba Proton Satria Neo R3 dengan enjin 149 hp milik TOC Motorsports.  Pada acara Sepang 1000KM (S1K) Endurance Race 2013 baru-baru ini, TOC Motorsports mencapai keputusan memberangsangkan apabila berjaya meraih tempat ketujuh daripada 28 pasukan yang bertanding.

 Image from:  Mekanika

Image from: Mekanika

TOC ialah satu-satunya kolej di Malaysia yang menawarkan kursus diploma dalam Teknologi Sukan Pemotoran dengan bahagian Sukan Pemotoran yang lengkap.

Hari Terbuka TOC juga menyediakan suasana karnival yang dipenuhi dengan pelbagai permainan dan hadiah, selain baucar tunai, untuk dimenangi.  Titan Suspension dan Motorsport Playground turut mempamerkan kereta sport yang ditala.

Majalah talaan dari Jepun, Option pula mempromosikan edisi bahasa Inggeris mereka untuk pasaran Malaysia.  Pempamer lain yang turut serta termasuklah Jobscentral dan Doctor Job.  Maklumat lanjut mengenai Hari Terbuka TOC, sila layari laman web: www.toc.edu.my