PENGALAMAN KERJA DI LUAR JANGKAAN

 
 Photo:Dengan menggabungkan minatnya dengan pekerjaan, Goh dapat melawat ke pelbagai untuk menyertai acara sukan permotoran dan bertemu dengan orang yang berbeza dari seluruh pelosok dunia, bersamanya mekanik sukan perlumbaan Adam Bell dari UK.

Photo:Dengan menggabungkan minatnya dengan pekerjaan, Goh dapat melawat ke pelbagai untuk menyertai acara sukan permotoran dan bertemu dengan orang yang berbeza dari seluruh pelosok dunia, bersamanya mekanik sukan perlumbaan Adam Bell dari UK.

Itulah pepatah yang boleh menggambarkan pekerjaan Goh Hui Ching, 22, seorang  juruteknik perlumbaan. Setiap hari mendatangkan nasib yang berlainan bagi ahli pit krew. Tentulah bukannya ada perlumbaan setiap hari. Akan tetapi, Goh menghabiskan kebanyakan masa lapangnya menyediakan atau melengkapkan setiap bahagian kereta dengan perinci bagi menghadapi cabaran untuk pertandingan seterusnya. Ahli pit krew ini memang mengalami tekanan yang besar kerana mereka tidak boleh membuat sebarang kesalahan. Mereka sanggup bekerja sepanjang enam hari seminggu bagi memastikan kereta lumba berfungsi dengan sempurna.

“Saya memang biasa datang kerja sebelum matahari terbit dan bekerja dalam dunia perlumbaan yang menghairahkan, ” Goh, seorang graduan dari The Otomotif College(TOC) berkongsi bersama Berita Harian. Goh, yang lebih dikenali sebagai Alvin antara kawan-kawannya, menyatakan bahawa kerja seorang mekanik perlumbaan memang berjalan secara automatik dan semangat pasukan adalah kuat dari segi komunikasi dan saling memahami. “Kadang kala, beberapa jam boleh berlalu dalam garaj tanpa sebarang perbincangan berlaku, ” Goh menambah sambil menerangkan bahawa setiap ahli pasukan mempunyai tugas masing-masing, sama ada menyemak senarai, menggantikan atau memasang bahagian kereta, membuat pengukuran atau penyelarasan dan sebagainya.

Menurut Goh, setiap bahagian kereta lumba diperiksa teliti berulang-ulang kali sehingga hari perlumbaan yang telah lama dinanti. Bagaimanapun, Goh telah belajar semua kemahiran yang diperlukan semasa mengambil Diploma dalam Teknologi Automotif di TOC dalam tahun 2008. 

Buat masa sekarang, TOC adalah kolej pertama di Malaysia yang menawarkan Diploma dalam Teknologi Motorsport sejak tahun 2009. Khusus Diploma dalam Teknologi Motorsport ini mempunyai sukatan pelajaran 60% praktikal di mana pelajar belajar tentang kereta berprestasi tinggi, persediaan casis, prestasi drive train serta anatomi kereta lumba. Pelajar-pelajar belajar menggunakan kemudahan tercanggih seperti Chassis Dynamometer di mana mereka belajar persediaan dan tuning kereta lumba menggunakan mesin selain daripada pengetahuan aerodynamik untuk kereta lumba. Selain membeli pelbagai jenis model kenderaan yang terbaru di pasaran dari jenama berbeza, TOC juga menggunakan latihan berasaskan teknologi untuk menyiapkan bakal kakitangan di industri automotif untuk menghadapi kenderaan kompleks pada hari ini. Salah satu perisian yang digunakan untuk mengajar adalah program Electude, satu software canggih yang lebih kurang sama dengan permainan video yang realistik. Electude menggunakan teknologi E-learning untuk membantu pelajar belajar kerja diagnostik masalah kereta melalui animasi interaktif serta simulasi keadaan sebenar. Electude membolehkan pelajar belajar semua aspek satu kenderaan yang lengkap dari bumper hingga cara memulihara dan memperbaiki keadaan kereta melalui kereta Virtual dan cara pengurusan belajar unik.                

"Saya amat menikmati proses pembelajaran di TOC kerana semua jurulatih di kolej ini cukup berpengalaman dan bersedia untuk mengajar setiap masa. Jurulatih semua mempunyai kelayakan ijazah mahupun sarjana dalam bidang automotif, “ Goh tersenyum sambil menambah bahawa TOC menjanjikan penempatan pekerjaan seumur hidup bagi semua pelajar mereka di 800 tempat rakan TOC di Malaysia. Bahkan, TOC bangga dengan permintaan tinggi graduan mereka yang sememangnya cekap dari segi kemahiran dan pengetahuan dalam industri automotif. “Saya bertuah kerana Petronas kebetulannya datang memilih pelajar TOC untuk wawancara sebelum saya tamat pengajian, ” Goh teringat.     

Oleh kerana tiadanya sebarang pengalaman dalam dunia sukan permotoran, Goh tidak sangka beliau dapat diberi peluang untuk menunaikan hasratnya. Menurut Goh, ketua mekanik Petronas telah datang ke TOC untuk memberi ceramah kerjaya kepada pelajar untuk menerangkan  bidang tugas, gaji dan maklumat tentang saat-saat di atas trek perlumbaan. Seterusnya, pelajar-pelajar yang berminat menjadi ahli pit crew telahpun menghantar resume mereka kepada Petronas. Antara sembilan calon berpotensi yang telah dipilih, tiga antara mereka telah dilantik menyertai pasukan Petronas sebagai latihan amali mereka sambil belajar.

With Calvin Wong again.jpg

   

"Rasanya seperti mimpi saya menjadi realiti! Saya memang teringin hendak menyertai F1 sejak kecil dan saya menghabiskan banyak masa menonton rancangan perlumbaan depan televisyen. Saya memang gilakan kereta dan jenama kegemaran saya adalah Volkswagen,” kata Goh..

Tentulah bukan senang hendak mengejar impian Goh. Bukan sekadar cakap sahaja. “Saya boleh menyimpulkan kerja sehari sebagai seorang pit kru sebagai kerja keras, tak berhenti-henti jam-jam menyelesaikan masalah, membuat kerja modifikasi, tapi pada akhir hari, kami mendapat kepuasan diri kerana kami telah buktikan tahap profesi kami untuk mencapai tujuan utama dan tahap lebih tinggi dalam bidang ini,” ujar Goh. Dalam proses menyediakan kereta, Goh juga perlu menyemak semua bahagian kereta yang bergerak termasuk aci pemacu," sendi ", tahap oli mesin, nisbah roda gigi dan sebagainya sebelum bermulanya setiap perlumbaan. Beliau juga perlu membersihkan dan memoles kereta untuk memastikan bahawa kenderaan itu dalam keadaan terbaik.

Walaupun berusia muda lagi, Goh memperolehi banyak pengalaman berharga melalui latihan praktikal selama enam bulan di Petronas. Beliau belajar cara membina semula kereta pada akhir setiap musim, memulihara kereta berprestasi tinggi semasa perlumbaan dan menukar bahagian yang rosak pada saat-saat genting dalam pit-stop. Dengan adanya niat bekerja bersungguh-sungguh bagi membuktikan dirinya, Goh memberikan tanggapan yang bagus kepada Petronas dan inilah yang menyebabkan mereka membuat keputusan melanjutkan kontrak enam bulan lagi hingga akhir musim itu. Akhirnya, Goh telahpun diberi peluang pergi ke Macau, Jepun, China dan Singapura untuk mewakili negara kami ke Formula Pasifik tahun lalu untuk perlumbaan Merdeka Millennium Endurance(MME) 1000 km.
 
"Salah satu saat yang paling dalam ingatan saya adalah semasa saya mendapat peluang bekerjasama dengan pelumba 18-tahun, Calvin Wong, yang kini dalam balap tahun ketiga di Formula BMW Pacific dengan Petronas Mofaz Racing. Sehubungan itu, Calvin telah menang beberapa perlumbaan di Jepun, "Goh tersenyum.

Tapi Goh tidak akan berhenti setakat sini. Anak muda yang bercita-cita tinggi telah meninggalkan Petronas baru-baru sahaja untuk menyiapkan diri untuk melanjutkan pelajarannya di Universiti Coventry, salah satu rakan kongsi Universiti TOC di UK. Beliau telah berdaftar untuk mencapai gelaran Bachelor dalam bidang Teknik Automotif.
 
"Tujuan saya adalah menjadi seorang jurutera data dalam industri sukan motor. Saya minat dalam membuat setup atau membaiki kereta yang dapat memenuhi kehendak pelumba. Saya berazam hendak bekerja dalam sektor penyelidikan dan pembangunan Arena Motorsport Malaysia demi  meningkatkan citra negara kami di dunia sukan motor yang mencabar dan menarik. Saya berharap  saya mampu mencipta sebuah kereta lumba yang tahan lasak setelah dibawa ke podium mana-mana pun, "Goh jelaskan.